Wednesday, November 11, 2009

Peguam Pun Kena Tipu

Peguam Pun Kena Tipu

Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 767 dari Los Angelas ke Malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. Gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat & dengan sopan santun ditolak permintaan peguam tersebut. Peguam berasa tidak puas hati & berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap teka-tekinya.

Peguam berkata, "saya tanya satu Teka-teki, jika u dapat jawap I pay u RM500 but if u tak dapat jawap u only pay me RM5.00 !!! amacam?

Maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu.

Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : "Berapa jauh jarak diantara Bumi dan bulan??"

Gadis tersebut diam dengan selamba membuka dompetnya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah.

"Sekarang giliran u", cabar peguam! ..

Maka gadis acuh tak acuh bertanya : "Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki"

Peguam tersebut terus mengeluarkan komputer dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan... Dia terus memasangkan Modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan .Dengan putus asa, peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawanya yang bekerja sebagai doktor, lawyer, scientice, arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya.

Setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500.00 tanda kalah.

Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?

Dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan duit RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawap : "Tidak Tahu"

(cerita ini adalah rekaan semata-mat)..haha...

HAHA.....

Lemah Bahasa Inggeris

Ayah : Apasal Bahasa Inggeris kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?

Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Rokok Dan Motosikal

Ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil merokok ditegur oleh seorang polis.

Polis : “Kenapa kamu merokok?”

Pelajar : “Saya suka, tok.”

Polis : “Dari mana kamu dapat wang untuk membeli rokok?”

Pelajar : “Dari belanja sekolah saya.”

Polis : “Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?”

Pelajar : “Paling kurang satu kotak dan harganya sekitar RM10.50, tok.”

Polis : “Kenapa wang RM10.50 kamu bakar setiap hari? Cuba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu dapat membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas yang sesak seperti ini.”

Pelajar : “Sekarang saya boleh tanya sama tok?”

Polis : “Tentu.”

Pelajar : “Apakah tok merokok?”

Polis : “Tentu tidak.”

Pelajar : “Tapi saya tidak nampak motor tok pon?”

HAHAHA...........





Zinadine Zidane (rekaan semata-mata)..haha

Keesokan hari setelah piala dunia berakhir, zidane yang dikenal sebagai kapten dari pasukan Perancis, merasa malu kerana telah gagal memberikan kemenangan kepada negaranya.

Zidane ingin keluar rumah, tapi dia malu dilihat orang ramai. Maka menyamarlah dia dengan menggunakan pakaian perempuan dan make up. Tidak jauh dia keluar rumah, ada seorang nenek memanggil, “Zidane!!!kesini!!!”

Dia merasa malu, kerana penyamarannya sudah terbongkar. Dia segera berlari kembali ke rumah dan mengganti tema penyamarannya.
Kali ini dia keluar dengan menggunakan pakaian koboi dengan topi dan kacamata hitam. Sekali lagi tidak jauh dari rumah, dia dipanggil dengan nenek yang sama, katanya “Zidane!!! nak kemana?? ke sini dulu bro..”(Dalam bahasa prancis)

Zidane yang terbongkar penyamarannya, dengan kecewa dan segera berlari menuju rumah.
Kemudian dia mengganti tema penyamarannya. Kali ini dia menggunakan pakaian badut dengan make-up khas ala badut dan hidung khas badut.

Dia keluar rumah, dan tidak jauh dari rumahnya, dia bertemu dengan nenek yang sama, dan nenek itu memanggilnya, “Zidane!!!”. Dengan perasaan kecewa karena berkali-kali penyamarannya terbongkar oleh nenek itu, dia datang menghampiri nenek itu. Dengan nada agak kesal dan geram, Zidane berkata kepada nenek itu dengan bahasa Prancis, “nenek nak apa ha?? dari tadi panggil..”

Kemudian nenek itu menjawab dengan suara agak berbisik, “ini aku, Bartez. Aku juga menyamar, jangan bising-bising ya..."

ENAM PERSIMPANGAN

Enam persimpangan

Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah s.w.t. di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."


Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah s.w.t., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis laknatullah adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis laknatullah. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis laknatullah sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Monday, November 2, 2009

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."


Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Monday, September 28, 2009

MABUK DALAM CINTA.......

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

  • 1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
  • 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
  • 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

    Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

  • 1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
  • 2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
  • 3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
  • 4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
  • 5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.

    1

  •